Saturday 26 March 2011

kisah kami dan nasi lemak :)

NASI LEMAK BATU 16

HIGHLIGHT





Nasi Lemak Ayam RM1.50
Pelajar UUM kata: Dia tidak pernah lagi merasa Nasi Lemak yang sesedap ini dan ini adalah kali pertama beliau makan di tempat itu.




Nasi Lemak Biasa RM1.00
Pak Cik Alias kata: Nasi Lemak ni sangat sedap kerana aura daun pisang dan sambal bilisnya yang membangkitkan selera apabila di makan


Azira berkata: nasi lemak Pak Cik Fadzillah mengalahkan nasi lemak di restoran yang terkemuka. Sungguh berbeza..!!

KUIH MUIH

Cucur Badak

 Bengkang Ubi

 Karipap

 Donat, Masalodeh, Roti Goreng

 Kuih Keria, Kuih Kacang, Roti Sardin, Kuih Chek Mek Molek

LOKASI
Peta lokasi ke gerai nasi lemak



Taman Palma yang berdekatan dengan gerai nasi lemak



Gerai Nasi Lemak Batu 16



RESEPI NASI LEMAK
Bahan-bahannya ialah:
beras super jasmine- 10 kilo
halia- 5 inci
santan- 2 kilo
serai- 6 batang
daun pandan- 6 helai
air- 1 1/2 besen
garam- secukup rasa
bawang putih- 1 labu
bawang kecil- 15 ulas
kulit kayu manis- 1 atau 2 batang

Cara membuatnya:
masukkan kesemua bahan-bahan itu dalam periuk dan tunggu beberapa minit untuk dimasak

CARA MEMBUAT SAMBAL BILIS
Bahan-bahannya ialah:
bawang besar- 1 1/2 kilo
bawang putih- 1 hingga 3 ulas
lada kering- 1 1/2 kilo
belacan- 3 inci

Cara membuatnya:
masukkan bawang putih, belacan, dan bawang besar yang telah di kisar. kacau sehingga kekuningan kemudian masukkan lada kering yang telah dikisar. tumis dalam keadaan api sederhana, biarkan ia mendidih sehingga naik minyak dan barulah boleh diangkat.




Pengusaha tersebut memberitahu kami bahawa beliau mendapatkan sumber daun pisang adalah dari hutan simpanan felda dengan membekalkan daun pisang selama 3 hari dalam seminggu.

                                  

Kenapa pengusaha tersebut menggunakan daun pisang?

Seperti yang kita tahu sekarang, penggunaan daun pisang untuk pembungkusan nasi semakin popular di kalangan penduduk malaysia. Daun pisang boleh membangkitkan aroma dan baunya yang wangi boleh menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Strategi pengusaha ini menggunakan daun pisang sangat berkesan kerana ia merupakan strategi yang digemari oleh pelanggan. Ini merupakan satu kelebihan dalam perniagaan jika ia menggunakan kaedah daun pisang.  Tambahan pula, daun pisang tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan penggunaan kertas minyak untuk pembungkusan. Selain itu, kelebihan menggunakan daun pisang boleh mengelakkan dari pencemaran alam sekitar malah ia menggalakkan sumber hijau di bumi ini. Inilah keistimewaannya apabila menggunakan daun pisang dan ia tidak terlepas dari memenuhi citarasa pelanggan.

LATAR BELAKANG PENGUSAHA GERAI NASI LEMAK

Berdasarkan tugasan kami pada kali ini, kami telah menjalankan beberapa kajian terhadap perindustrian IKS yang berkaitan dengan perniagaan menjual nasi Lemak. Pengusahanya adalah Fadzhilah Bin Awang Kecik bersama dengan isterinya, Rozita Binti Ismail. Sebenarnya, pengusaha nasi lemak ini telah lama berkecimpung dalam perniagaan menjual nasi lemak iaitu sejak mereka masih belum berkahwin lagi, ketika bekerja sebagai tentera beliau mula berniaga bersama isterinya di kantin di kem latihan tentera pertanian kem Teluk Chengui. Setelah tamat perkhidmatan selama 21 sebagai tentera, beliau dan isterinya telah memutusk untuk membuka perniagaan sendiri.

                   

 Sebelum beliau dan isterinya membuka perniagaan dengan menjual nasi lemak, beliau telah mencuba pelbagai perniagaan makanan tetapi hasil yang yang diperolehi tidak membanggakan kerana terpaksa mengeluarkan modal yang banyak berbanding dengan keuntungan yang diperolehi. Contoh dari perniagaan yang pernah diceburinya adalah menjual sayur-sayuran, menjual ikan, menjual kuih, keropok lekor, Rojak, dan sebagainya. Setelah itu, barulah mereka mula serius dalam perniagaan ini dengan menjual Nasi Lemak.

                             
Selain daripada makanan yang lazat, tempat mereka berniaga juga merupakan lokasi perniagaan yang strategik. Hal ini kerana jalan ke kedai mereka merupakan laluan yang sama dengan tempat pengajian Universiti Utara Malaysia. Dengan adanya kemudahan seperti ini dapat memudahkan lagi pelajar, kakitangan, dan pensyarah UUM untuk singgah membeli. Selain itu  jiran tetangga, pelajar-pelajar sekolah dan pekerja juga merupakan pelanggan tetap kedai Nasi Lemak mereka. Tambahan pula, pengusaha dan isterinya sebelum ini pernah mengambil banyak tempahan untuk perniagaan mereka terutamanya dari UUM sendiri untuk tempahan seperti tempahan EDC VIP, PKU, kakitangan dan pelajar- pelajar dan kakitangan UUM. Bahkan, ada juga pelajar UUM yang mengambil tempahan untuk dijual ke dewan penginapan pelajar masing-masing, dan ia menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Oleh kerana itulah, perniagaan Lemak nasi mereka dikenali ramai dan masih bertahan hingga saat ini. Hasil dari usaha ini, beliau dan isterinya mendapat hasil yang boleh dibanggakan dan mampu menyara kehidupan keluarganya seharian.


                        
NUKILAN KAMI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
      Ini merupakan pertama kali kami menulis blog, walaupun kami tidak ada pengalaman membuat blog sebelum ini tetapi ini adalah pengalaman baru bagi kami untuk mecungkil bakat kami dalam bidang mengarang dan kami akan cuba sedaya upaya selagi yang termampu untuk menyiapkan tugasan kami. Sebenarnya kami membuat blog ini adalah kerana kami telah ditugaskan untuk projek ASSAIGNMENT GROUP iaitu 


                                           


PRODUCTION AND OPERATION MANAGEMENT ( POM ) mengenai IKS dan SME yg ditugaskan oleh lecturer kami iaitu En. Ezanee. Sebelum bercerita panjang, kami perkenalkan dahulu nama ahli kumpulan kami iaitu Noor Fathihah Ramli, Nik Nur Atikah Mohd Lukman dan Nik Nur Iqlima Mohd Lukman, kami akan bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini dgn sempurna dan jayanya.


                          
 Kami bertiga telah membuat keputusan untuk menemu bual gerai nasi lemak yang telah diceritakan oleh lecturer kami bahawa kedai tersebut menjual nasi lemak yang sangat sedap. Bermulalah aktiviti kami yang dipanggil gerai nasi lemak batu 16. Kami bertiga telah menetapkan tarikh untuk pergi ke sana pada hari rabu. Mengikut perancangan tadi,  kami bergerak pada pukul 7.30am dari UUM dan sampai di sana pukul 7.45am. Susah juga untuk kami nak mencari kedai nasi lemak ni kerana masing-masing tidak kenal dengan tempat tersebut. kami terlepas U-TURN, terpaksa round 1km lagi barulah jumpa U-TURN semula untuk kali yang kedua. Sebenarnya En. Ezanee telah berpesan bahawa kedai tersebut berhampiran dengan  LAKA CORNER dan akhirnya kami ketemu juga gelaran yang dipanggil LAKA CORNER.


                    

Setibanya kami di sana, suasananya sangat sibuk sekali kerana tak putus-putus orang datang untuk membeli. Apa yang kami lihat di sini, mengikut pemerhatian kami, kebanyakan orang yang membeli nasi lemak kedai tersebut adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di UUM iaitu para staff, lecture dan student UUM. Kami amat terkejut sekali kerana ramai orang datang untuk membeli dan kami tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kedai tersebut menjadi perhatian dan tarikan orang ramai untuk membeli. Sebelum ini nasi lemak mereka pernah menjadi hidangan utama sarapan pagi untuk tetamu Vip dekat EDC HOTEL UUM. Tidak hairanlah jikalau ada orang yang membuat tempahan dari UUM sendiri. Selain itu, kedai nasi lemak mereka  memang adalah untuk 'take home' sahaja. Ini bermakna nasi tersebut masih panas-panas lagi dan dibungkus dengan daun pisang. Mungkin ini adalah salah satu cara pelanggan suka membeli dekat tempat itu. Apabila sedang melihat kedai tersebut, kami telah sempat berbual-bual dengan pengusaha nasi lemak kedai tersebut.


                  

      Nama sebenar pengusaha nasi lemak tersebut ialah Fadzilah Bin Awang Kecik dan isterinya ialah Rozita Binti Ismail. Semasa menemu ramah dengan mereka Mak Cik Rozita sempat mengajak kami untuk datang ke rumahnya pada hari Jumaat petang untuk melihat cara-cara beliau membuat sambal ikan bilis, maka kali yang kedua kami bertemu kembali dengan mak cik tersebut  seperti yang telah dijanjikan. Setelah tibanya kami di sana, mak cik telah mengajak kami untuk melihat cara beliau membuat sambal ikan bilis.


                    


 Di samping itu, mereka sempat berkongsi serba sedikit resepi ataupun rahsia nasi lemak yang dibuat sebenarnya adalah untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Mak Cik Rozita sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang memasak, dan telah mempunyai banyak pengalaman semasa berniaga, sama ada di pasar malam, bazar ramadhan, ataupun di kantin UUM. Semasa kami di dapur, kami sempat melihat cara mak cik membuat kerja sambil itu kami juga turut sama membantu. Apa yang kami perhatikan di sini mak cik Rozita adalah seorang yang pembersih dan amat menjaga kebersihan untuk memberi yang terbaik kepada pelanggannya. Ini kerana lada kering yang telah direbus oleh mak cik dibilas sampai tiga kali untuk bersihkan  biji lada sehingga bersih dan licin. Selain itu, bawang merah dan ikan bilis juga dicuci dua, tiga kali sampai bersih. Di sini kami dapat menilai bahawa mak cik amat menitikberatkan kebersihan dalam masakan beliau. Selama tiga tahun berpengalaman meniaga nasi lemak, mak cik memberitahu bahawa setakat ini memang tak ada lagi pelanggan yang mengadu bukan-bukan. Contohnya seperti sakit perut atau cirit birit dan sebagainya. 


Business Operations:

Ahad - Khamis: 6.30am - 8.45 am
Jumaat: Tutup
Sabtu: 6.30am-8.45am tetapi bergantung kepada permintaan pelanggan
No Tel yang perlu dihubungi jika ada apa-apa tempahan: Pak Cik Fazdilah 017-5879722
Dari sebuah hadis yg bermaksud : 9/ 10 pekerjaan datangnya dari perniagaan .